August 2019 - MISS NUHAZ

Wednesday 7 August 2019

Pandan Cheese Leleh Super Gebu

August 07, 2019 0
Pandan Cheese Leleh Super Gebu
Rasa lama pulak tak update blog hehe. Sebenarnya tengah busy siapkan tempahan brownies memandangkan setiap hari masuk order. Alhamdulillah bolehlah kan tambah pendapatan. Ditambah pulak dekat nak raya ni , lagi tak ada rehat sbb banyak tempahan sampai raya pertama.

Okay tutup cerita  brownies.
Harini nak share resepi Pandan Cheese Leleh Super Gebu. Memang tak tipu dia punya gebu kalah kegebuan pipi aku. Resepi ni aku follow dari Azlina Ina punya. Sapa tak kenal Azlina Ina kan? Tapi resepi ni aku kurangkan sukatan gula sbb kalau manis mmg tak boleh nak telan. Kurangkan sikit alhamdulillah perfect gitttooo. Topping plk aku tak ikut mana-mana resepi. Aku bubuh aje..tetap menjadi dan sedap.

Jom check it out...

Memang super super gebu. Nak gebu senang saja, jangan malas tunggu adunan telur sampai bertanduk. 

Resepi Pandan Cheese Leleh Super Gebu.


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur gred c ( 3 biji utk gred A atau B )*
  • 1 sb ovallete*
  • 3/4 cawan gula*
  •  1 sb esen pandan*
  • 1/2 sb pewarna hijau*
(Kalau guna emulco pandan tak perlu lagi perisa dan pewarna)
  •  1/4 cawan fresh milk
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bicarbonate
  •  1/4 cawan minyak masak
Tepung gandum , baking powder dan soda bicarbonate ayak bersama.


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan bertanda * ke dalam bowl mixer. Putar menggunakan speed sederhana dalam seminit kemudian up kepada speed paling tinggi dan putar sehingga gebu dan bertanduk.


2. Gebu kan? 

3. Kemudian masukkan susu. Mix lagi sampai sebati dalam seminit.


4. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate. Mix lagi sehingga sebati. Gunakan speed perlahan dahulu sehingga sebati. Nak guna speed laju terus boleh tp tak pasal-pasal muka bertepung. Lepas sebati baru up speed tinggi ok.


5. Selepas mix akan dapat adunan macamni ya.


6. Kemudian masukkan minyak dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati. Make sure minyak sebati ok.

Loyang 8 inci

7. Sapukan minyak pada loyang dan lapik dengan baking paper pada dasar loyang. 

8. Didihkan periuk kukusan dan kukus kek selama 40 minit menggunakan api sederhana. Penutup periuk jangan lupa tutup supaya wap air tak menitik ke atas kek.

Resepi Topping Cheese Leleh.

Bahan-bahan:
  • Seketul tartura cream cheese size kecil
  • 1 cawan fresh milk
  • 1/4 cawan susu pekat
  • Cheddar cheese untuk parut


Cara-cara:


1. Satukan cream cheese , fresh milk dan susu pekat ke dalam blender.


2. Blend sebati.


3. Kemudian curahkan cream cheese ke atas kek. Parutkan cheddar cheese di akhir step. Sejukkan sebelum dimakan.

Selamat mencuba!