Percaya atau tidak ini kali pertama aku makan dan buat kuih cara berlauk. Ramai cakap sedap maka terhasillah kuih cara berlauk pada ramadhan tempoh hari. Alhamdulillah first attempt yang tidak mengecewakan dan sedap. Sedap atau tak bergantung pada inti dan kelembutan kuih tersebut. Tapi aku tak gunakan acuan kuih cara sebab tak ada kat rumah so sa gunlah takoyaki pan. as long as menjadi bulat macam tu okay lah kan ! hehe.
Proses membuatnya juga sangat mudah. Di bawah ada diertakan resepi yang lengkap untuk anda cuba.
RESEPI CARA BERLAUK :
1. Inti daging
- 100gm daging cincang yang telah dibasuh
- 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 sb rempah kari daging Adabi yang dibancuh bersama 3 sb air panas
- daun sup
- gula secukupnya
- garam secukupnya
Cara-cara
- panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga layu kekuningan.
- kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak
- apabila rempah sudah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam
- masak sehingga daging kering seperti gambar di bawah
2. Adunan cara
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur (tak kisah gred apa pun)
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 sb kunyit sbg pewarna
- 1 sk garam
Cara-cara
- satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
- kemudian sapukan minyak pada takoyaki pan dan panaskan atas api sederhana. Apabila pan sudah panas kecilkan api.
- tuangkan adunan cara kedalam pan dan masukkan inti daging , daun sup dan cili. Masak selama 5-7 minit. Cucuk lidi untuk check samada sudah masak atau belum. Sekiranya adunan tidak melekat pada lidi tandanya sudah masak.
Senang kannnnn ? Selamat mencuba. Boleh follow page Nuhaz Kitchen untuk lebih banyak resepi selepas ni.
Thank you :)
Miss Nuhaz
Miss Nuhaz
No comments:
Post a Comment