July 2019 - MISS NUHAZ

Wednesday 17 July 2019

Tukar Gram Kepada Cawan/Convert Grams to Cups

July 17, 2019 0
Tukar Gram Kepada Cawan/Convert Grams to Cups
Perasan tak bukan semua resepi menggunakan sukatan cawan. Kadangkala ada resepi yang menggunakan sukatan gram. Kat rumah pula tak ada penimbang so terus rasa tak ada semangat nak memasak atau baking. Tapi jangan risau , mungkin jadual di bawah boleh membantu anda untuk terus memasak atau baking di rumah.

Tepung/for all purpose flour:


Mentega/marjerin:


Gula:


Cecair:


Tapi jadual di atas aku buat untuk bahan-bahan yang basic saja tau. Jika ada bahan atau sukatan yang tiada dalam senarai boleh cuba google untuk dapatkan jawapan.

Semoga bermanfaat.


Monday 15 July 2019

Homemade Chicken Sausage

July 15, 2019 0
Homemade Chicken Sausage
Tengah scroll fb ternampak pulak resepi sosej ayam homemade. Nampak menarik dan sedap.. so masuk dapur godek2 peti ais tengok bahan-bahan cukup ke tidak dan terus buat.

Ini kejadian selepas digoreng. Memang sedap sangat lah ! 

Resepi Homemade Chicken Sausage.
Bahan-bahan:
  • 200gm isi ayam
  • 1 biji telur
  • 1 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • 2 sb tepung ubi
  • garam dan gula
  • 2 ulas bawang putih 
  • Bawang holland sebelah
  • Daun sup (ikut citarasa)
  • Carrot (ikut citarasa)
  • Plastik aiskrim


Cara-cara penyediaan aku tak snap gambar tau. So kena faham betul-betul. Tapi tak susah pun.

Cara-cara:
  • Satukan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus
  • Masukkan adunan sosej ke dalam botol yang bertiub utk memudahkan dipicit masuk kedalam plastik
  • Kemudian picitkan adunan ke dalam plastik aiskrim dan simpul
  • Didihkan air dalam periuk
  • Rebus sosej sehingga masak. Tanda dah masak sosej jadi keras.
  • Keluarkan dari plastik dan sedia untuk digoreng.

Kalau ada aluminum foil better guna aluminium foil lah. Plastik kan kurang elok kalau dikukus/direbus ni. Jika guna aluminium foil sosej perlu dikukus. Cubalah rebus , habis keluar adunan tu nanti haha.

Sayur tak semestinya kena ikut resepi atas sebab yg itu depend on citarasa masing-masing. Mana rasa sedap letak lah.

Selamat mencuba !

Friday 12 July 2019

Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama

July 12, 2019 0
Cara Simpan Bunga Kantan Agar Tahan Lama
Assalamualaikum , hai !!!
Haa sebelum ni asyik share resepi ja kan. Tapi harini bukan nak share resepi tapi nak share tips atau petua simpan bunga kantan supaya tahan lama sampai berbulan bulan. Ada yang tahan sampai enam bulan. Tapi aku tak sempat tiga bulan dah habis guna hehe. Dalam banyak-banyak petua yg digunakan sebelum ni yang ni paling berkesan tau. Bunga kantan still elok , bau masih wangi , bunga tak layu dan tak hitam. Senang cakap macam awal-awal kita beli.


Caranya sangat mudah. Cuma perlu sediakan bunga kantan (semestinya) , air paip dan plastik aiskrim. 

Step by step:

First potongkan bunga kantan. Nak potong dua , tiga , empat ikut lah. Bunga besar aku potong empat sebab plastik aiskrim tu kecil , nak masuk tak muat. Bunga kecil aku potong dua.


Kemudian masukkan bunga kantan ke dalam plastik.

Masukkan air dan simpul bagi kuat dan cekang. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian atas. Bahagian bawah sepuluh tahun pun tak akan beku haha. Pastu biarlah bunga kantan tu dalam peti ais. 

Bila nak guna cairkan dulu. Kalau nak cepat terus masukkan dalam masakan dengan ketulan ais tu sekali. 

Selamat mencuba!



Thursday 11 July 2019

Apam Gula Merah

July 11, 2019 0
Apam Gula Merah
Menu untuk minum petang harini adalah apam gula merah. Kalau ada kelapa parut lagi sedap ni. Tapi dah puas cari tak jumpa.. masa tak mau guna banyak pulak kat market (pasar orang utara sebut market hehe).


Resepi apam gula merah.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 bungkus yis mauri-pan


Cara-cara:

Satukan semua bahan.


Kacau bahan-bahan sehingga sebati. Tiada tepung yang berketul. Tutup adunan dan perap selama satu jam.

Hasil selepas diperap.

Oleskan minyak pada acuan dan loyang.

Tuangkan adunan apam ke dalam acuan dan loyang.

Didihkan periuk pengukus. 

Kukus selama 40 minit menggunakan api besar. Balut penutup periuk dengan kain untuk mengelakkan wap air jatuh atas apam. Siap !

Nampak macam susah kan? Tapi sebenarnya mudah ja nak buat apam ni. Kalau nak buat apam putih tak perlu letak gula merah ya.

Selamat mencuba!

Wednesday 10 July 2019

Homemade Breadcrumbs

July 10, 2019 0
Homemade Breadcrumbs
Semalam buat aiskrim goreng so lebihan roti yang tepi tu memang banyak. Nak dibuang sayang. Maka jadilah serbuk roti homemade. Kalau u all rajin boleh saja buat puding roti , puding roti karamel , roti stick bersalut coklat , pizza roti dll. Tapi tengah tak rajin so buat serbuk roti sudah hehe. Daripada membazir kan? Boleh juga salut ayam , nugget sebagainya.


Cara-cara penyediaan:

Potong roti kecil-kecil supaya cepat keras dan kering semasa membakar.

Panaskan oven suhu 180°c selama 10 minit kemudian bakar roti selama 20 minit atau sehingga roti keras dan kering sepenuhnya.

Masukkan dalam bekas dan tumbuk menggunakan lesung batu. Awal tu dah kisar guna pengisar kering tapi jadi halus sangat pulak bukannya aku nak buat tepung hahaha. Breadcrumbs tak boleh halus , kena kasar-kasar sikit barulah nampak macam yg dijual tu.

Sebelum simpan dalam bekas kedap udara pastikan serbuk roti dah sejuk. Tak panas atau tak suam yeee. Kalau simpan masa tengah panas atau suam nanti mudah hapak.

Selamat mencuba!





Aiskrim Goreng

July 10, 2019 0
Aiskrim Goreng
Rasanya dah ramai yang tahu cara-cara nak buat aiskrim goreng sebab cara penyediaannya sangat mudah dan bahan-bahannya juga tak banyak. Aiskrim goreng kita cuma perlukan aiskrim , roti keping dan minyak untuk menggoreng.

Kalau nak beli pun susah dapat sebab memang tak ramai yang jual. Tapi pernah jumpa lah satu gerai ni jual aiskrim goreng dengan harga RM3 sebiji. Harga boleh tahan. So baik buat sendiri kan...

Bahan-bahan:

  • Roti keping
  • Aiskrim
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Letakkan aiskrim ke atas roti. Kemudian letakkan sekeping lagi roti ke atas aiskrim.

Tekap guna cawan sehingga jadi seperti gambar dibawah.

Masukkan dalam peti ais bahagian atas selama 1 hingga 2 jam sebelum digoreng. Aku malas tunggu lama so letak sejam sudah hahah.

Panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas untuk menggoreng supaya roti cepat garing dan tak serap minyak.

Kira 1 sampai 10 baru alihkan roti. Bahagian seterusnya pun kira 1 sampai 10 baru angkat.

Garing elok kan? Kalau minyak tak panas kiraan 10 pun roti masih putih-putih.

Tadaaa! Dah siap dan ready to ngap. Yang ni aku biar lama lepas goreng itu yang ais makin cair tu hehe. So dicadangkan selepas goreng terus makan barulah ais tak sempat cair.

Lebihan roti jangan buang. Next post aku nak share cara buat breadcrumbs. Tapi kalau rajin buatlah puding roti ka , pizza roti ka kan. Sedap sikit :)

Selamat mencuba !




Tuesday 9 July 2019

Sambal Jawa / Sambal Ayam Penyet

July 09, 2019 0
Sambal Jawa / Sambal Ayam Penyet
Sambal jawa atau dikenali juga sebagai sambal ayam penyet , sambal goreng dan sambal bawang. Tapi ramai yang panggil sambal jawa. Sambal ni jugalah yang dihidangkan sekali dengan nasi ayam penyet. Tapi tidak semestinya sambal jawa hanya boleh dimakan dengan nasi ayam penyet sahaja sebab sambalnya sesuai dimakan dengan nasi biasa juga sebagai ganti sambal belacan.

Cara penyediaanya bahan-bahan perlu digoreng layu kemudian ditumbuk atau dikisar dan akhir sekali goreng dalam minyak panas.

So sesiapa yang nak cuba buat sambal jawa bolehlah follow resepi di bawah. In shaa Allah sedap.

                     

Resepi sambal jawa:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 4 tangkai cili besar
  • 7 tangkai cili padi (lebihkan jika suka pedas)
  • Sedikit belacan
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Potong bahan-bahan di atas

  • Kemudian panaskan minyak
  • Goreng bahan-bahan sehingga layu


  • Tumbukkan bahan-bahan yang digoreng tadi menggunakan lesung batu sehingga hancur kasar. Kalau suka hancur halus boleh kisar dengan blender. 
  • Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kacau sehingga sambal agak garing atau pecah minyak
  • Siap.
Nota: minyak perlu banyak supaya sambal menjadi garing dan pecah minyak. Minyak banyak juga akan buatkan sambal tahan lama.



Selamat mencuba.