January 2020 - MISS NUHAZ

Wednesday 8 January 2020

Resepi Dorayaki

January 08, 2020 0
Resepi Dorayaki
Assalamualaikum.

Selepas empat bulan tak menulis harini baru berkesempatan nak menulis. Dalam masa empat bulan ni macam2 jadi dan alhamdulillah semuanya indah indah belaka. Aku pendekkan cerita dalam masa empat bulan ni aku bertemu jodoh dan terus kahwin. So title miss tu boleh pakai lagi ka sebab sis dengan rasminya sudah jadi Mrs Shafiq pada 2 Nov lepas heheh.

Okay dah sampai situ. Kalau nak share pasal macam mana boleh bertemu jodoh dan sebagainya kena buat post baru lah kan.. so straight to the point which is aku nak share resepi dorayaki. Alaa yg doremon suka makan  tu heheh.



First time aku buat alhamdulillah sedap. Tapi tu lah , biar sampai esok keras pulak 😢 so aku cadangkan lepas buat terus habiskan. Nak makan esok buat lain.

Here we go~

Resepi Dorayaki:
• 3/4 cawan tepung gandum
• 1 sk baking powder
• 2 biji telur (aku guna gred C)
• 1/2 cawan gula halus
• 2 sb madu
• 2 sb susu segar
• 1 sb minyak

Cara-cara ada pada setiap gambar.



 Masukkan telur dan gula ke dalam bowl mixer.


Putar sehingga gebu.


Macam ni.


Masukkan madu.


Kemudian masukkan susu. Mix sebati.


Seterusnya masukkan tepung.


Masukkan minyak dan mix sebati sehingga tepung tak berketul.


So adunan akan jadi macamni.


Panaskan non stick pan. Tak perlu oleskan butter atau minyak.  Kemudian tuangkan satu senduk kecil adunan dorayaki.


Leperkan.


Kemudian tutupkan dan biarkan dalam 2 minit. Gunakan api kecil supaya tak hangit dan masak di dalam. Alihkan dorayaki dan biarkan lagi dalam seminit


Sapukan jem. Aku suka brand Chivers. Sedapppp sangat.


Tadaaa. Siap ! Selamat mencuba.