September 2019 - MISS NUHAZ

Sunday 22 September 2019

Tips Brownies Kedut

September 22, 2019 15
Tips Brownies Kedut
Can you see those cracks ? 😍

Sebenarnya brownies kedut atau tak kedut ia tetap dipanggil brownies as long as bahan-bahan dan cara penghasilan yang sama. Tapi orang kita prefer brownies yg berkedut sebab nampak cantik dan bagi aku rasanya juga berbeza. Kalau tk kedut rasa macam kek sikit. Kalau kedut rasa padat , rasa kaya dengan chocolate dan moist. Senang cakap perfect rasanya.

Aku tak ada join mana-mana pjj class. So semua tips and tricks aku belajar dari google , you tube , fb dan juga dari pengalaman sendiri. Kesilapan yg membuatkan kita lebih pandai hehe. Yang penting kena rajin gali ilmu.

So kat sini nak share tips and tricks supaya brownies menjadi kedut. Ini cara aku tau.. lain orang lain cara dan lain pengalaman.

1. Telur max 3 biji size A atau B untuk satu adunan 400gm chocolate , 100gm tepung. Aku dh gunakan telur gred c dan d sebanyak 4 biji tapi brownies kurang memuaskan. Kedut tak sekata dan tekstur agak cakey.

2. Telur. Just whisk manja-manja sampai telur kuning pecah. Ada juga yg whisk sampai berbuih but brownies still menjadi tp for me ia tak menjadi haha !

3. Ada yang cakap coklat jangan simpan dalam peti ais. Tapi aku simpan dalam peti ais alhamdulillah tetap menjadi. Hehe

4. Masa cairkan adunan chocolate make sure chocolate + mentega/marjerin fully melted. Jangan malas tunggu.. kalau ada chocolate yg tk cair jangan tanya kenapa brownies kedut tak sekata dan nampak tak elok.

5. SUHU. Part yg paling penting. Suhu tak boleh tinggi sbb brownies tak boleh masak dgn cara yg mengejut. Kena masak slowly.. untuk size loyang 6"  aku gunakan suhu 130°c for 45 minutes. Oven 21L. Sebelum tu panaskan oven around 10 minutes. Part ni kena kenal oven sendiri dan kena berani cuba. Sbb kdg2 ikut resepi sebiji2 pun tk boleh sbb oven kita tak sama brand , tak sama L.

6. Lepas masak aku terus keluarkan dari oven. Tak pernah biar pun dalam oven sbb tak ada masa untuk itu. But brownies still berkedut dengan cantik. Alhamdulillah.

7. Jangan terus keluarkan dari loyang. Cubalah kalau nak tengok kedutan tu hancur dan brownies pecah. Brownies lepas masak memang lembik macam tak masak. Tp bila dah sejuk barulah ia keras. Dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.

8. Gunakan chocolate yang premium sikit lah. Macam beryl's , van houten dll. Elakkan chocolate murah.

9. Kalau gunakan marjerin kurangkan jumlah marjerin dalam 30-50gm dari jumlah butter sbb marjerin ia lebih oily dari butter. Contohnya resepi 150gm butter , so kalau guna marjerin jadikan 120gm atau 100gm.

10. Masa bakar jangan buka oven selagi tak cukup masa.

Satu lagi kan , yg aku perasan kalau buat brownies kedut ni , kalau adunan tu pekat in shaa Allah brownies tu akan kedut. Kalau adunan cair kurang kedut.

Untuk sekarang itu saja yg bolehshare. Kalau ada penambahan aku akan update. Sebab selalu ada yg pm kat fb tanya mcm mana nak dapatkan kedutan tu so aku share lah kt fb dan blog.

**kalau nak lebih ilmu mungkin anda perlu berguru dgn join pjj class..

Untuk harga pulak.
Yang ini ramai juga yg tanya sbb apa boleh jual murah. Costing betul atau tidak tu?

Untuk pengetahuan semua costing yg aku gunakan adalah costing yg sama sepertimana bakers lain guna. Sebab apa boleh jual murah? Sbb size.. takkan lah berniaga tak mau untung kan ? 😅 costing ni dah merangkumi elektrik , air , gas , tenaga , upah diri sendiri dll.

Monday 16 September 2019

Chicken Twister

September 16, 2019 0
Chicken Twister
Sebelum masuk ke resepi meh aku tunjuk gambar chicken twister dulu. Kot2 lah ada yang belum kenal hihi. Tapi ada juga orang panggil chicken wrap tau.

Tengok gambar pun nampak sedap dah kan? Hehe. Ok jom kita start.

First kena sediakan coleslaw. Aku lupa nak snap gambar so gambar tak ada nah , aku just tulis resepi. Coleslaw tu macam sayur yang hampa duk makan dekat kfc tu.

RESEPI CHICKEN TWISTER :

1. Coleslaw
• kobis disagat halus
• carrot disagat halus
• mayonis - aku gunakan lady's choice salad dressing

2. Ayam 
• isi ayam yang dipotong nipis dan lebar
• bread crumbs
• telur
• tepung gandum

3. Lain-lain
• wraps 
• salad
• bawang holland - aku guna bwg besar sbb bwg holland habis hehe
• timun
• tomato
• mayonis
• sos cili

Cara-cara :

1. Coleslaw
• campurkan semua bahan dan ketepikan. Mayonis jangan banyak sangat nanti kurang sedap plk twister kita tu.

2. Ayam
• isi ayam dipotong nipis dan lebar. Kemudian cuci bersih.


• golekkan isi ayam dalam tepung gandum.


• kemudian masukkan dalam telur. Ratakan.


• golekkan dalam bread crumbs. Tekan-tekan sikit bread crumbs tu bagi melekat pada isi ayam. Nanti goreng tak adalah terkeluar banyak bread crumbs tu.


• panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana. Kemudian potong memanjang.


3. Seterusnya 

• jenis wraps yang digunakan macam gambar di bawah. Yang ini original. If hampa suka yg ada bau bawang ambil lah yg bau bawang..banyak jenis tau.


• ambil sekeping wrap dan sapukan mayonis.


• letakkan coleslaw , salad , ayam , tomato , timun , bawang , mayonis dan sos cili. Ikutlah nak letak mana dulu.



• kemudian gulung perlahan-lahan..gulung biar padat.


• dah siap potong dua.


Banyak step tapi berbaloi sebab sedap sangat. Kalau rasa nak letak blackpepper sauce , cheesy sauce , capsicum letak lah. Mana yg rasa kena dengan citarasa letak ajeee. Kita yg nak makan kan.

Selamat mencuba !










Friday 13 September 2019

Agar-agar Buah-buahan

September 13, 2019 0
Agar-agar Buah-buahan
Agar-agar buah-buahan atau nama lainnya agar-agar cermin. Tapi aku punya tak nampak macam cermin sebab keruh sikit. Keruh tu sebab campur air buah peach dan air laici hehe. So kalau nak agar-agar jernih jangan campurkan air buah dari tin. Tapi kalau campur barulah sedap dan wangi. Takda lah rasa kosong agar-agar tu (bagi aku).


Sedap? Memang sedap , aku susah tipu pasal makanan. Sedap cakap sedap , tak sedap aku cakap kurang sedap hehe sbb kalau cakap tak sedap tak baik lah..rezeki juga kan.


Agar-agar yg digunakan brand bintang tu. Brand tu memang terbaik lah setakat ni tapi kat Langkawi tak pernah jumpa. Kalau balik Perlis mesti beli.


Buah-buahan ikut selera masing-masing. Bagi aku peach , strawberry dan kiwi must have !


Resepi:
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • Air - ikut arahan pada pack
  • Gula pasir + 3 sb gula batu ( gula batu ni katanya untuk bagi agar-agar berkilat..entah la , aku tengok tk berkilat pun hihi )
  • Buah-buahan
Cara-cara:

  • Satukan agar-agar , air dan gula. Masak atas api sederhana sambil dikacau sampai mendidih. Kalau stop kacau agar-agar mudah berketul. Biarkan suam sebelum dituang ke dalam buah-buahan.
  • Susun buah dalam loyang
  • Tuangkan adunan agar-agar dan biarkan beku.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
Okay itu jaa lah. Harini mood aku ting tong sikit , so nak tulis panjang-panjang pun tak ada mood hahah.