June 2020 - MISS NUHAZ

Saturday 20 June 2020

Nona Manis Labu

June 20, 2020 0
Nona Manis Labu
Assalamualaikum , alhamdulillah selepas hampir 6 bulan tak update harini aku dah kembali hehe. Lepasni entah bila pulak nak muncul.

Okay berbalik kepada resepi harini , aku nak share resepi nona manis labu. Aku pun first time buat nona manis labu , sedap tau. Bagi aku sedap dari nona manis pandan.. sekiranya anda peminat labu lah.


Resepi Nona Manis Labu.

Bahan A:



• 200gm labu yang direbus
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan santan - ayam brand
• 1/4 cawan gula
• 1 biji telur

Sekarang kita akan sediakan adunan bahan A dahulu. Dah siap adunan A kita ketepikan dan seterusnya siapkan adunan B dan C pulak.

Cara-cara penyediaan bahan A:


Satukan semua bahan ke dalam balang pengisar.

Kisar sehingga sebati dan ketepikan.

Bahan B:

• 1 cawan santan
• 2 sb tepung jagung
• sedikit garam

Cara-cara penyediaan bahan B:


Satukan semua bahan dalam pan / periuk. Kacau sebati kemudian buka api dan masak atas api sederhana sehingga agak pekat.

Jangan terlampau pekat , nanti berketul. 

Okay , bila adunan A dan B dah siap , campurkan sekali dan kacau sebati.


Bahan C:


• 2 cawan santan
• 2 sb tepung gandum
• 1 sk gula
• 1/2 sk garam

Cara-cara penyediaan bahan C:

           
Satukan semua bahan dalam pan/periuk. Kacau sebati kemudian buka api dan masak atas api sederhana sehingga agak pekat.

Macam ni sudah memadai. Kalau terlampau pekat nak masukkan dalam botol dan nak picit agak susah.

                         
Masukkan dalam botol muncung macamni supaya senang nak picit.

Seterusnya , sapukan minyak pada acuan supaya nona manis kita senang untuk dikeluarkan dan tak melekat.


 Tuangkan adunan A+B tadi sebanyak 3/4 cup.

Kemudian picitkan adunan C. Masukkan sedikit muncung di tengah-tengah cup dan picit adunan kemudian angkat muncung dan picit lagi. Yang ni agak2 tau , kalau picit sikit putih kat tengah tu pulak tak cantik.

Akhir sekali , kukus sehingga masak dalam 20-25 minit. Yang ni aku kukus dalam rice cooker sebab tengah didihkan periuk kukusan gas habis hehe. Atas periuk tutup dengan kain dulu ya supaya air wap tak menitik.

Okay , siap nona manis labu kita. Selamat mencuba.