Resepi Nasi Ayam - MISS NUHAZ

Saturday 8 June 2019

Resepi Nasi Ayam


Ini merupakan kali ke 5 masak nasi ayam menggunakan resepi yang berbeza. Sebab apa resepi lain-lain? Sebab setiap resepi yg dicuba tak kena dengan tekak. Maka setiap kali masak nasi ayam aku akan olah resepi sampai memenuhi citarasa. So harini rasanya ini yang paling sedap setakat ini. Atau masuk bakul angkat sendiri ni 😂

Jom start dengan sediakan kuah sup. Kuah sup nanti kita akan gunakan untuk masak nasi , buat sos cili dan sos kicap ya. Jadi perlu buat banyak. Sup lupa nak snap gambar hehe.

Resepi Nasi Ayam Sedap.

1. Sup

  • 2 inci halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dibelah dua
  • 1 batang Kulit kayu manis 
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 helai daun panda
  • 1 batang serai dititik
  • Gula dan garam secukupnya
  • Ayam (saya gunakan 1 whole leg dan 1 wing)
  • 1.5 liter air
Cara-cara
  • Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga ayam masak
  • Apabila ayam sudah masak keluarkan dari sup dan lumurkan dengan 3 sb sos tiram dan 3 sb kicap pekat. Perapkan selama 30 minit
  • Selepas 30 minit jemurkan di bawah cahaya matahari selama 15 minit. Tujuannya supaya ayam lebih garing dan sedap.

2. Nasi
  • 2.5 pot beras yang telah dibasuh dan ditoskan
  • Sup (sukatan seperti anda masak nasi tapi tambahkan lagi dalam 1/2 cawan)
  • 2 sb marjerin
  • 1/2 sk garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sk pewarna kuning
Cara-cara
  • Satukan semua bahan di atas ke dalam rice cooker , gaul rata , on suis periuk dan biarkan nasi sehingga masak. Nasi ni memang sedap tau ! Bau wangi marjerin dan daun pandan. Nasi pula lembut cantik je. Tak keras sangat dan tak lembik sangat.

3. Ayam
  • Ayam yang telah dijemur tadi digoreng dalam minyak yang banyak sehingga garing menggunakan api kecil. 
4. Sos cili
  • 2 biji cili padi merah
  • 2 biji cili besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 biji tomato
  • 3/4 cawan sup
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh bersama 5 sb air
Cara-cara
  • Masukkan bahan di atas kecuali air tepung jagung , gula dan garam ke dalam blender dan blend sehingga halus.
  • Kemudian masukkan ke dalam periuk/belanga dan masak atas api kecil. 
  • Masukkan gula dan garam secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung dan biarkan sos sehingga mendidih.


5. Sos kicap
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb kicap pekat
  • 3 sb sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3/4 cawan sup
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan blend sehingga bawang dan halia hancur.
  • Tuangkan ke dalam periuk/belanga dan masak sehingga mendidih


Apabila semua dah siap bolehlah dihidangkan bersama salad , timun dan tomato. Selamat menjamu selera !



Okay adik , dah boleh makan 😚

Thank you :)
Miss Nuhaz


1 comment: