Agar-agar Buah-buahan - MISS NUHAZ

Friday, 13 September 2019

Agar-agar Buah-buahan

Agar-agar buah-buahan atau nama lainnya agar-agar cermin. Tapi aku punya tak nampak macam cermin sebab keruh sikit. Keruh tu sebab campur air buah peach dan air laici hehe. So kalau nak agar-agar jernih jangan campurkan air buah dari tin. Tapi kalau campur barulah sedap dan wangi. Takda lah rasa kosong agar-agar tu (bagi aku).


Sedap? Memang sedap , aku susah tipu pasal makanan. Sedap cakap sedap , tak sedap aku cakap kurang sedap hehe sbb kalau cakap tak sedap tak baik lah..rezeki juga kan.


Agar-agar yg digunakan brand bintang tu. Brand tu memang terbaik lah setakat ni tapi kat Langkawi tak pernah jumpa. Kalau balik Perlis mesti beli.


Buah-buahan ikut selera masing-masing. Bagi aku peach , strawberry dan kiwi must have !


Resepi:
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • Air - ikut arahan pada pack
  • Gula pasir + 3 sb gula batu ( gula batu ni katanya untuk bagi agar-agar berkilat..entah la , aku tengok tk berkilat pun hihi )
  • Buah-buahan
Cara-cara:

  • Satukan agar-agar , air dan gula. Masak atas api sederhana sambil dikacau sampai mendidih. Kalau stop kacau agar-agar mudah berketul. Biarkan suam sebelum dituang ke dalam buah-buahan.
  • Susun buah dalam loyang
  • Tuangkan adunan agar-agar dan biarkan beku.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
Okay itu jaa lah. Harini mood aku ting tong sikit , so nak tulis panjang-panjang pun tak ada mood hahah.





No comments:

Post a Comment