Puding Batik / Puding Biskut Marie - MISS NUHAZ

Saturday, 15 June 2019

Puding Batik / Puding Biskut Marie

Nampak macam kek batik tapi bukan kek batik. Ini puding batik namanya. Sedap dimakan ketika sejuk sebab puding kan. Rasa puding ni lebih kurang rasa kek batik sebab bahan-bahan membuat kek batik digunakan dalam puding ni. Cumanya diolah dari kek batik kepada puding batik.



Resepi Puding Batik. Fahamkan arahan dengan teliti ya confirm menjadi. Sebab ramai yang buat semuanya berjaya.

Bahan-bahan :

  • Biskut marie original
  •  Serbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan fresh milk / susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  •  1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
  • 3 sb serbuk koko
  • 12 sb milo


Cara-cara :
  • Blend fresh milk , susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
  • Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
  • Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
  • Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar tadi.
  • Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
  • Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik
  • Tuang adunan puding , nipis saja
  • Susunkan biskut marie
  • Kemudian tuang lagi adunan puding
  • Ulang sampai adunan puding habis
  • Sejukkan
  • Keluarkan puding dari loyang dengan kaedah menterbalikkan loyang sebelum dipotong


Susunan biskut perlu sama setiap lapisan. Barulah biskut tersusun elok.



Selamat mencuba !

Thank you :)
Miss Nuhaz

No comments:

Post a Comment