Apam Gula Merah - MISS NUHAZ

Thursday 11 July 2019

Apam Gula Merah

Menu untuk minum petang harini adalah apam gula merah. Kalau ada kelapa parut lagi sedap ni. Tapi dah puas cari tak jumpa.. masa tak mau guna banyak pulak kat market (pasar orang utara sebut market hehe).


Resepi apam gula merah.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 bungkus yis mauri-pan


Cara-cara:

Satukan semua bahan.


Kacau bahan-bahan sehingga sebati. Tiada tepung yang berketul. Tutup adunan dan perap selama satu jam.

Hasil selepas diperap.

Oleskan minyak pada acuan dan loyang.

Tuangkan adunan apam ke dalam acuan dan loyang.

Didihkan periuk pengukus. 

Kukus selama 40 minit menggunakan api besar. Balut penutup periuk dengan kain untuk mengelakkan wap air jatuh atas apam. Siap !

Nampak macam susah kan? Tapi sebenarnya mudah ja nak buat apam ni. Kalau nak buat apam putih tak perlu letak gula merah ya.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment