Kalau nak beli pun susah dapat sebab memang tak ramai yang jual. Tapi pernah jumpa lah satu gerai ni jual aiskrim goreng dengan harga RM3 sebiji. Harga boleh tahan. So baik buat sendiri kan...
Bahan-bahan:
- Roti keping
- Aiskrim
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Letakkan aiskrim ke atas roti. Kemudian letakkan sekeping lagi roti ke atas aiskrim.
Tekap guna cawan sehingga jadi seperti gambar dibawah.
Masukkan dalam peti ais bahagian atas selama 1 hingga 2 jam sebelum digoreng. Aku malas tunggu lama so letak sejam sudah hahah.
Panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas untuk menggoreng supaya roti cepat garing dan tak serap minyak.
Kira 1 sampai 10 baru alihkan roti. Bahagian seterusnya pun kira 1 sampai 10 baru angkat.
Garing elok kan? Kalau minyak tak panas kiraan 10 pun roti masih putih-putih.
Tadaaa! Dah siap dan ready to ngap. Yang ni aku biar lama lepas goreng itu yang ais makin cair tu hehe. So dicadangkan selepas goreng terus makan barulah ais tak sempat cair.
Lebihan roti jangan buang. Next post aku nak share cara buat breadcrumbs. Tapi kalau rajin buatlah puding roti ka , pizza roti ka kan. Sedap sikit :)
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment