Sambal Jawa / Sambal Ayam Penyet - MISS NUHAZ

Tuesday, 9 July 2019

Sambal Jawa / Sambal Ayam Penyet

Sambal jawa atau dikenali juga sebagai sambal ayam penyet , sambal goreng dan sambal bawang. Tapi ramai yang panggil sambal jawa. Sambal ni jugalah yang dihidangkan sekali dengan nasi ayam penyet. Tapi tidak semestinya sambal jawa hanya boleh dimakan dengan nasi ayam penyet sahaja sebab sambalnya sesuai dimakan dengan nasi biasa juga sebagai ganti sambal belacan.

Cara penyediaanya bahan-bahan perlu digoreng layu kemudian ditumbuk atau dikisar dan akhir sekali goreng dalam minyak panas.

So sesiapa yang nak cuba buat sambal jawa bolehlah follow resepi di bawah. In shaa Allah sedap.

                     

Resepi sambal jawa:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 4 tangkai cili besar
  • 7 tangkai cili padi (lebihkan jika suka pedas)
  • Sedikit belacan
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Potong bahan-bahan di atas

  • Kemudian panaskan minyak
  • Goreng bahan-bahan sehingga layu


  • Tumbukkan bahan-bahan yang digoreng tadi menggunakan lesung batu sehingga hancur kasar. Kalau suka hancur halus boleh kisar dengan blender. 
  • Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kacau sehingga sambal agak garing atau pecah minyak
  • Siap.
Nota: minyak perlu banyak supaya sambal menjadi garing dan pecah minyak. Minyak banyak juga akan buatkan sambal tahan lama.



Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment