Ini kejadian selepas digoreng. Memang sedap sangat lah !
Resepi Homemade Chicken Sausage.
Bahan-bahan:
- 200gm isi ayam
- 1 biji telur
- 1 sk lada hitam
- 1/4 cawan air
- 2 sb tepung ubi
- garam dan gula
- 2 ulas bawang putih
- Bawang holland sebelah
- Daun sup (ikut citarasa)
- Carrot (ikut citarasa)
- Plastik aiskrim
Cara-cara penyediaan aku tak snap gambar tau. So kena faham betul-betul. Tapi tak susah pun.
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus
- Masukkan adunan sosej ke dalam botol yang bertiub utk memudahkan dipicit masuk kedalam plastik
- Kemudian picitkan adunan ke dalam plastik aiskrim dan simpul
- Didihkan air dalam periuk
- Rebus sosej sehingga masak. Tanda dah masak sosej jadi keras.
- Keluarkan dari plastik dan sedia untuk digoreng.
Sayur tak semestinya kena ikut resepi atas sebab yg itu depend on citarasa masing-masing. Mana rasa sedap letak lah.
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment