Tapi nak dapatkan rasa macamni memang perlu gunakan bahan mahal. Especially butter and chocate chip. Sapa cakap guna marjerin rasa macam famous amos jangan nak membongak hahah. Maybe orang tu tak pernah makan famous amos kot. Aku yg guna barang mahal pun rasa baru nak seakan akan inikan pula guna marjerin dah rasa MACAM famous amos. Huh?
Cookies ni rasa dia creamy tau , sebab penggunaan pure butter. Lepastu ada rasa cair di mulut sikit2.
Sesiapa yang nak cuba buat menggunakan resepi ni dipersilakan. Dijamin tak akan menyesal. Thanks me later haha.
Resepi Chocolate Chip Cookies :
1. BAHAN A
- 250gm tartura salted butter - suhu bilik
- 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak (nak guna mana2 pun boleh , tak jejaskan rasa)
- 1 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur
- 1 sk butter oil
2. BAHAN B (ayak bersama)
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sk soda bicarbonate
- 1 sk baking powder
3. BAHAN C
- 1 1/2 cawan chocolate chip hershey's
- 1/2 cawan badam cincang - sangai
- 1/2 cawan kelapa parut kering - sangai
Cara-cara :
- Satukan bahan-bahan A dan gaul sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan bahan-bahan C ke dalam adunan A+B. Gaul sebati.
( kalau adunan yg u all buat cair kiranya sampai tak boleh cubit langsung tambah lagi 1/2-1 cawan tepung gandum. Adunan cookies tak keras , lembik. Tapi tak cair. U all rujuk gambar kat atas ni. Faham tak? Huhu )
- Simpan adunan cookies dalam peti ais selama satu jam sebelum digunakan.
- Selepas satu jam , cubit adunan sebesar syiling 10 sen ke atas dulang pembakar. Jarakkan adunan kerana cookies akan mengembang semasa bakar.
- Panaskan oven 160°c selama 10 minit
- Bakar cookies selama 20-25 minit menggunakan api atas dan bawah.
Berongga kan? Itu yang kita nak ! Jari tu bekas sirap hahah
Bila dah pandai boleh lah save duit kan. Lepasni buat sendiri ajeee. Satu adunan ni dapat 100+ pcs.
Thank you :)
Miss Nuhaz
No comments:
Post a Comment