Satu adunan ni dapat dalam 20-22 biji macam tu lah. Oh ya ! Aku gunakan takoyaki pan aje buat kaya ball ni hehe. Kalau tak ada boleh gunakan acuan kuih cara atau acuan bahulu. Yang penting acuan tu jenis tak melekat / non stick.
Ni rupa kaya ball aku. Not bad lah for first attempt kan .
Resepi Kaya Ball. Resepi ni boleh buat pancake juga.
Kaya Ball.
Bahan-bahan:
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sk baking powder
• secubit garam *
• 2 sb gula halus *
• 3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk * ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu)
• 1 biji telur gred c *
• 2 sb butter - cairkan *
• 1 sk esen vanilla *
• kaya secukupnya
Cara-cara:
Resepi Kaya Ball. Resepi ni boleh buat pancake juga.
Kaya Ball.
Bahan-bahan:
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sk baking powder
• secubit garam *
• 2 sb gula halus *
• 3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk * ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu)
• 1 biji telur gred c *
• 2 sb butter - cairkan *
• 1 sk esen vanilla *
• kaya secukupnya
Cara-cara:
Satukan bahan bertanda * di dalam bekas.
Kacau bahan bertanda * sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder.
Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. Rehatkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
Masukkan adunan kaya ball dan kaya ke dalam botol bertiub atau piping bag. Kaya tu aku masukkan dalam ziplock bag hehe pastu gunting bucu.
Okay cara nak masak pulak. First sapukan sedikit minyak pada acuan. Kemudian panaskan acuan atas api perlahan.
Picitkan adunan kaya ball sebanyak separuh acuan.
Picitkan pulak kaya. Nak picit banyak mana ikutlah. Tapi aku tak suka banyak sebab kaya ni manis. Rasa okay , sedap.
Picitkan lagi adunan kaya ball sehingga penuh.
Tutupkan. Nak guna penutup periuk ke periuk ke semua boleh yang penting tutup. Biarkan dalam 3 4 minit macamtu.
Kemudian alihkan dan biarkan lagi dalam 3 4 minit atau sehingga masak.
Yang ni aku buat half macam ni ajee. Kalau nak buat bulat macam takoyaki tu pandai-pandai lah kome pusing hehe.
Sekali hadap 10 biji pun boleh sebab size comel-comel.
Selamat mencuba.
Thank you :)
Miss Nuhaz
No comments:
Post a Comment