Resepi Udang Celup Tepung Rangup - MISS NUHAZ

Tuesday, 11 June 2019

Resepi Udang Celup Tepung Rangup

Sebenarnya dah lama buat udang celup tepung ni tapi harini baru rajin nak update resepi kat blog dan fb page. Nak tulis resepi ni pun kena ada mood juga. Kalau mood tengah swing tu elok masuk bilik , letak kepala atas bantal dan tutup mata. Resepi ni boleh digunakan untuk sotong , ikan , udang lipan , terung , brokoli , cendawan dan lain2 yang bersesuaian lah.

Yang selalu frust buat sotong atau apa2 celup tepung tapi tepung tak melekat atau senang cakap tak menjadi memang hampa perlu cuba resepi ni. In shaa Allah menjadi sangat.

Ermmm dapppp.

Bahan-bahan
  • Udang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 sk garam (lebihkan jika kurang masin)
  • 2 sk gula
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 1 sk serbuk cili
  • 1 sk serbuk kunyit
Cara-cara 
  • Satukan semua bahan dan gaul sehingga tepung tidak berketul. Adunan agak pekat. Tak perlu tambah air.


Udang ni dah dibuang janggut , belah belakang , dan buang benda tajam kat ekor tu. So bila makan nanti tak adalah tercucuk.


  • Kemudian celupkan udang ke dalam tepung

  • Goreng udang seperti anda goreng ikan. 


Siap ! 
Selamat mencuba.

Thank you :)
Miss Nuhaz

No comments:

Post a Comment