Sebenarnya kuah bakso ni aku follow resepi di youtube tapi ada juga yang aku derhaka sikit2 sebab nak bagi kena dengan selera and result dia memang tak menghampakan. Memang sedap sangat lah. Resepi ni juga terpilih untuk disiarkan dalam Majalah Rasa dan mendapat hampir 10 ribu share di facebook. Hehe alhamdulillah.
Okay , let's start. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1. KUAH
• bawang besar sebiji *
• bawang putih 6 ulas *
• buah keras 3 biji (sebelum blend tumbuk dulu) *
• halia 2 inch *
• lada hitam 1sk *
• air 2 liter
• gula
• garam
• meatball
Sebelum dikisar.
Cara-cara
• kisar bahan bertanda * sehingga halus
• panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga meletup2
• masukkan air
• masukkan gula dan garam
• masukkan meatball
• masak sehingga mendidih
2. SAMBAL KICAP
• cili padi 10 tangkai
• bawang putih 5 ulas
• kicap
Cara-cara
• kisar semua bahan dan masak sehingga pekat
Dah siap semua boleh lah hidang dengan bahan-bahan sampingan seperti kobis , daun sup , bawang goreng , sos dll.
Selamat mencuba !
Thank you :)
Miss Nuhaz.
No comments:
Post a Comment