Resepi Chocolate Moist Cake - MISS NUHAZ

Sunday 9 June 2019

Resepi Chocolate Moist Cake

Dalam banyak-banyak kek , kek batik dan kek coklat lembab paling senang nak buat. Bahan-bahan pun tak banyak dan tak perlu risau kek bantat , kek leper atau senang cakap kek tak jadi. For those yang follow resepi ni memang dijamin akan jadi. Kalau tak percaya you guys should try this recipe ! Selain dari mudah dibuat , rasanya juga sangat sedap.




Resepi Chocolate Moist Cake:

Bahan-bahan A
•1 cawan serbuk koko #nona
•1 cawan susu pekat #saji
•1 cawan fresh milk #dutchlady
•3/4 cawan gula
•1 cawan minyak masak #saji
•3 biji telur gred b

Bahan-bahan B diayak bersama
•1 1/4 cawan tepung gandum
•1 sk soda bikarbonat
•1 sk baking powder

Bahan-bahan topping
• 2 sb serbuk koko
• 3 sb susu pekat (lebihkan jika suka manis)
• 1/2 cawan minyak masak
• 1/2 cawan fresh milk

Cara-cara
• satukan bahan A dalam blender dan blend sehingga sebati selama 3 minit.




• kemudian masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.





• seterusnya tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak dan dilapik baking paper. Sya gunakan loyang turun temurun haha. Tengok rupa pun dah tahu kan..memang dah lama loyang ni. Rasanya dah hampir 20 tahun 😅 loyang yg digunakan bersaiz 8 inci.



 • sebelum dikukus didihkan periuk kukusan dahulu. Kemudian kukus kek selama 45-50 minit. Penutup periuk kukusan perlu dibalut kain utk mengelakkan wap air menitik ke atas adunan kek.

Sementara menunggu kek masak kita ke next step. Iaitu topping. Cara untuk membuat topping sangat2 mudah. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga mendidih. Bila dah sejuk baru curahkan ke atas kek. Adunan topping akan pekat apabila sejuk. Tengah masak tu memang nampak cair. Jangan pulak tambah serbuk koko atau susu pekat utk nak bagi pekat. Tak memasal kek tu tak dimakan nanti haha.

Selepas dah curah topping , taburlah sikit chocolate rice , chocolate chip atau apa2 yg anda suka. Senang kan ?



Amaran : kek ini tidak sesuai untuk orang yang tengah diet hahahah. Tapi rugilah tak makan.. sedap beb !

Thank you :)
Miss Nuhaz

No comments:

Post a Comment