Ikan Masak Kicap - MISS NUHAZ

Monday, 17 June 2019

Ikan Masak Kicap

Kalau hari malas ikan masak kicap cuma tumis bawang dan masukkan kicap. Tapi harini terajin sikit nak buat ikan masak kicap special gittu supaya lebih berselera nak makan nasi. Memang berselera betul , bertambah nasi sebab sedap hikhikk. Nampak tak menarik , tapi rasa boleh tahan lah. Tambah-tambah makan dengan nasi panas , memang tak toleh. Resepi ni juga boleh digunakan untuk ayam dan daging.




Resepi Ikan Masak Kicap. 

Bahan-bahan:
  • Ikan - lumur garam dan kunyit kemudian goreng (i guna sekor je)
  • 2 sb cili kisar / cili boh (lebihkan jika nak pedas)
  • 1/2 cawan kicap
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 biji bawang holland size sederhana *
  • 1 inci halia *
  • Kayu manis 
  • Bunga lawang
  • Serai 
  • Gula
Cara-cara:

Lumurkan garam dan kunyit pada ikan kemudian goreng seperti biasa.

Kisar bahan bertanda * sehingga halus.

Anggaran bunga lawang dan kulit kayu manis. Kalau banyak nanti dah rasa lain. Serai tu ketuk2 dlu ye.

Panaskan minyak , tumis bahan kisar , serai , bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga perang.

Kemudian masukkan cili kisar , sos cili , sos tiram , kicap , air dan gula. Biarkan sehingga mendidih sebelum masukkan ikan.

Apabila kuah dah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng bersama bawang holland yang dipotong besar. Kacau sebati kemudian tutup api. Sedia dihidangkan bersama 3 pinggan nasi panas dan segelas teh ais.

Selamat mencuba !

Thank you :)
Miss Nuhaz

No comments:

Post a Comment